10 ALATAN SUKAN TERKINI



JENAMA kelengkapan perlindungan sukan terkemuka, la pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional baru-baru ini melancarkan barisan terbaru produk dari siri X-tremus. Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap maksimum.
Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.
Berbeza dengan barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel.
Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.
Produk siri teratas keluaran jenama antarabangsa itu kini boleh didapati untuk kegunaan pada empat lipatan utama iaitu pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali.
Selain cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi. Bagi pendakap lutut X-tremus, pelapik berbentuk donut bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kecederaan bahkan menstabilkan kedudukan tempurung lutut. Ia merupakan konsep rawatan yang diperlukan oleh semua atlet.
Rekaan 3D pada pendakap buku lali pula diberi perlindungan silikon yang menghasilkan fungsi urutan sepanjang masa. Selain itu, jahitan berkualiti pada permukaan memberi lebih kekemasan otot, sekali gus mengemaskan setiap pergerakan.
Penggunaan bahan seperti neoprene, coolprene yang tidak memerangkap peluh manakala teknologi Coolmax berupaya menyelesaikan masalah pemerangkapan haba.
Secara umumnya, pemakaian X-tremus membantu meningkatkan beberapa kapasiti atlet seperti melompat lebih tinggi, bergerak lebih laju dan mendapatkan postur lebih stabil.







Apabila Rollerblade pertama kali dicipta, rata-rata pengguna roller skate menganggap ia tidak berapa selamat dan merbahaya. Kini, pengguna rollerblade pula mungkin akan menganggap evolusi terbaru ciptaan ini yang diberi nama Chariot skate pula berbahaya.



Bagi yang pertama kali melihat chariot skate ini, mungkin akan menganggap ia tidak lebih sebagai rollerblade yang menggunakan tayar bersaiz basikal dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan luar biasa. Ternyata anda silap. Kelebihan Chariot skate ini ialah ia mampu mencapai tahap momentum yang tinggi dan lebih kestabilan dalam mengawal kelajuan. Jika menggunakan rollerblade yang biasa, anda perlu lebih tenaga dalam "menghayunkan" tubuh untuk menghasilkan kelajuan kerana rodanya yang kecil'Chariot skate juga boleh diluncurkan pada permukaan yang tidak rata dan diatas rumput, sama seperti yang dapat dilakukan jika menunggang basikal yang mana memang mustahil untuk dilakukan jika menggunakan rollerblade.

Ya.. Chariot skate ialah sebuah basikal tanpa tempat duduk dan tidak boleh membawa pembonceng.

Untuk memberhentikan chariot skate ini, pengguna boleh menggunakan kaedah yang sama digunakan oleh roller blade. Pengguna juga boleh menggunakan tangan jika mereka memakai sarung tangan.

Sebagai tambahan, roda kecil pada bahagian belakang telah ditambah untuk memberikan lebih kestabilan. Menurut perekanya, pengguna akan menikmati pengalaman seperti meluncur ski ais dan bukannya seperti "feel" meluncur menggunakan roller blade atau roller skate.







Kini memperkenalkan sebuah Performance Technology, POWER BALANCE yang merupakan hologram dan juga getah yang dicampur serbuk titanium yang mengandungi frekuensi semulajadi dari alam yang dapat bereaksi secara positif dengan pusat energi tubuh. POWER BALANCE kini banyak digunakan oleh para atlit antarabangsa mahupun orang awam, kerana:

-Ia dapat membantu keseimbangan tubuh
-Membantu koordinasi dan kelenturan tubuh
-Menambahkan kekuatan dan ketahanan tubuh secara menyeluruh.

Banyak orang yang telah merasakan akibat langsung dari kelebihan yang ditawarkan oleh POWER BALANCE.

Pada penggunaan seharian, POWER BALANCE terbukti dapat:-
1. Meningkatkan kualiti tidur 
2. Meningkatkan kualiti imunisasi atau daya tahan tubuh 
3. Mengurangkan stress dan sakit 
4. Mencegah terjadinya mabuk di perjalanan. 

POWER BALANCE telah dipakai oleh ahli sukan bertaraf dunia seperti

-Surfer pro seperti Andy Irons (tiga kali Juara Dunia
-C Ronaldo, Pemain bolasepak real madrid
-Shaq O Neille - NBA Basketball
-David Beckham - LA Galaxy Soccer
Dan Ramai Lagi





KASUT SPIKE TERKINI

Direka untuk menang.Merupakan penerokaan bahan-bahan, teknologi dan proses reka bentuk peralatan khusus yang berpotensi meningkatkan prestasi pecutan. Penyiasatan saintifik telah menunjukkan bahawa penalaan sifat mekanikal kasut pecut kepada kebolehan fizikal atlet.Boleh meningkatkan prestasi sehingga 3.5%, kerana peningkatan sebanyak 0.7% sudah boleh membuat perbezaan yang signifikan dalam  pecutan.






Menggunakan pengadil tambahan yang memantau permainan pada skrin. Dan selepas membuat keputusan melalui bluetooth setelah menilai permainan melalui skrin digital.

"Pengadil Mata Ketiga". Oleh itu,sebagai contoh, apabila seseorang pemain berada dalam keadaan offsaid, pengadil video digital akan memberi cahaya merah kepada ketua pengadil  untuk beliau membuat keputusan yang objektif. "Pengadil Mata Ketiga" - keputusan yang terbaik.




Merupakan alat terbaru untuk mengukur masa yang diambil oleh seseorang pelari pecut.Pelari boleh menilai tahapnya sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain untuk mengambil masa larian.Alat in akan mengeluarkan bunyi sebelum masa diambil sebagai peringatan untuk permulaan larian.






Merupakan alat terbaru yang boleh membantu peninju mengurangkan risiko kecederaan ketika pertandingan mahupun latihan dijalankan.Alat ini memberi perlindungan penuh pada bahagian gigi dan gusi berbanding alat kebiasaan yang digunakan.







Alat bantuan kardiovaskular ini membantu individu melakukan latihan kekuatan kardiovaskular hanya di dalam rumah.dengan adanya alat ini.individu tidak perlu ke gim untuk melakukan latihan





Gogal terbaru ini merupakan alat yang dicipta khas daripada bahan2 yang lebih ringan.Gogle ini membantu atlet melakukan renangan dengan lebih pantas kerana berjaya mengurangkan rintangan


Helmet football yang direka khas menggunakan bahan yang lebih ringan tetapi kuat.Dengan adanya teknologi ini.Pemain dapat meningkatkan mutu permainan dan keselamatan mereka.

No comments:

Post a Comment