ESSEI KUMPULAN
ICT Dalam Pendidikan : Isu Dan
Cabaran Guru Pendidikan Jasmani
Pengenalan
ICT (Information
Communication Technology) adalah sistem yang membolehkan pengumpulan,
pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai
bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran
pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang
hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P
dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber
pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat
proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
Teknologi
maklumat dalam pendidikan seharusnya membawa kepada kepelbagaian cara
pembelajaran, dan guru perlu mempunyai hubungan yang bercorak reflektif dengan
perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Pembelajaran dan pengajaran
bukanlah dua proses yang terpisah, tetapi adalah proses reflektif di mana
kedua-duanya perlu disesuaikan dan berfungsi secara bersama bersama-sama dengan
situasi luaran yang sedia ada. Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi menuntut agar perubahan dibuat ke atas kaedah
mengajar dan belajar. Perkembangan terkini menyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan
seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru (Lechner & Boli 2000).
Dasar dan polisi pembangunan negara menunjukkan Malaysia amat menitikberatkan
penggunaan ICT dalam pendidikan, oleh itu impak ICT dalam pendidikan amat
ketara sekali. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Sekolah
Bestari pada awal 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik
terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara
dalam pengajaran dan pembelajaran (Rohani 1999; Ab. Rahim 2000). Pelaksanaan Sekolah
Bestari merupakan satu anjakan paradigma yang amat besar dalam sistem
pendidikan negara (Mohammed Sani 2002). Implikasi daripada pelaksanaan dasar
baru ini, sekolah perlu membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk
reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru ke
arah kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Pola perkembangan ini
mengutarakan penggunaan pendekatan konstruktivisme yang lebih menekankan kepada
pembelajaran berpusatkan pelajar (Papert 1996; Forcier 1999; Newby et al. 2000;
Jonassen 2000; Moursund 2003). Ciri utama dalam kaedah ini ialah pelajar
membina pengetahuan dan kemahiran masingmasing secara aktif manakala guru pula
lebih berperanan sebagai pemudah cara.
Isi-isi
Para
pendidik pasti tidak akan terlepas dari menghadapi pelbagai cabaran dalam mengaplikasikan
penggunaan ICT dalam proses pembelajaran. Subjek pendidikan jasmani merupakan
subjek yang perlu diberi perhatian dalam proses pembelajaran. Cabaran utama
para guru ialah dalam memastikan para pelajarnya sentiasa mengikuti
perkembangan terkini dunia teknologi maklumat yang sentiasa maju kehadapan.
Ketandusan
inovasi dan pembaharuan yang berterusan dalam mana-mana subjek di sekolah
menyebabkan pelajar merasakan sesuatu subjek itu stereotaip, tidak mencabar,
statik dan membosankan (PPK, 2004). Oleh itu guru pelatih harus memilih kaedah
pengajaran dan pembelajarn yang boleh menarik minat serta mencabar kebolehan
pelajar, merangsang pembelajaran dan menyeronokkan, berjaya melepaskan horizon
intelektual, sosial, moral, kerohanian dan mewujudkan perspektif positif
seperti merasa penting untuk dipelajarai serta berguna untuk masa hadapan.
Justeru, satu anjakan paradigma harus dilakukan untuk menjadikan guru-guru
pelatih minat dalam teknologi komunikasi dan informasi dengan penggunaan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan
ICT dalam subjek pendidikan jasmani menghadapi cabarannya yang tersendiri.
Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah guru hendaklah memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT sentiasa berjalan dengan
baik dan lancar. Dalam konteks ini, guru hendaklah mempunyai kemahiran yang
cukup dalam mengendalikan peralatan-peralatan ICT . cabaran yang dihadapi ialah
kemahiran tenaga pengajar untuk menggunakan peralatan ICT. Hal ini kerana,
terdapat sebilangan guru yang masih tidak cekap menggunakan computer dan
peralatan ICT seperti pemancar LCD, power point, video dan sebagainya.
Guru
yang masih tidak cekap menggunakan perlatan ICT akan mengambil masa yang lama
untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses P&P. Hal ini demikian,
masa di dalam bilik darjah akan terbuang begitu sahaja. Suka untuk menyatakan
proses perancangan pengajaran harian
guru perlulah sistematik barulah ia tidak membazir masa pada proses
pengajaran. Selain itu, guru perlu memastikan para pelajar benar-benar
menguasai subjek pendidikan jasmani melalui penggunaan ICT tanpa ada sebilangan
pelajar yang ketinggalan.
Oleh
itu, bimbingan guru diperlukan dalam membantu penguasaan pelajar menggunakan
ICT. Hal ini kerana, terdapat sebahagian pelajar yang tidak mempunyai kemahiran
ICT terutamanya pelajar dari luar bandar ekoran daripada kurangnya pendedahan
mengenai teknologi pada masa kini. Oleh hal demikian, guru perlulah memberi
pendedahan yang khusus mengenai penggunaan ICT. Golongan pelajar hendaklah
diberikan perhatian yang lebih supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar.
Ibu bapa selalu menyalahkan pihak sekolah jika anak mereka
bermasalah. Sedangkan mereka tahu, tanggungjawab mereka itu lebih besar di sisi
Allah s.w.t untuk membentuk anak-anak mereka. Mereka tahu bahawa doa anak-anak
mereka akan membantu mereka apabila berada di alam lain. Oleh itu, tidakkah
mereka berasa rugi apabila menyerahkan 100% kepada pihak sekolah untuk
membentuk anak mereka?
Guru Pendidikan Jasmani perlu menerima cabaran. Sebilangan sekolah
dicemari oleh guru-guru yang bukannya dari bidang Pendidikan Jasmani. Antara
perkara yang merosakkan subjek ini di sekolah adalah:
1.Guru diajar oleh murid: "cikgu, hari ni kita main
bola"
2.Guru berpakaian kemeja dan baju kurung mengajar Pendidikan
Jasmani di padang.
3.Guru perempuan berpayung sambil memberi arahan kepada
murid-murid.
4.Murid-murid mengambil alatan sukan di dalam stor sukan mengikut
kehendak masing- masing.
5.Guru duduk menyemak buku latihan sambil murid-murid bebas
bersukan.
6.Guru memberi bola sebijik dan bersembang dengan tukang kebun
atau guru-guru lain.
7.Sukatan pengajaran tahunan tidak diikuti dan ada sekolah yang
tidak ada.
8.Anggapan Pendidikan Jasmani hanya subjek main semata-mata.
Pendidikan Jasmani adalah subjek yang amat penting, Sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, kita dapat melihat murid-murid
kita senyum, bergelak ketawa, menjerit-jerit, tolong-menolong, berpeluh-peluh,
dan lain-lain. Tanggapan bersukan akan meletihkan tubuh badan adalah salah sama
sekali, guru yang berkualiti tahu cara untuk mengatasi masalah ini. Sememangnya
cabaran guru Pendidikan Jasmani begitu tinggi untuk seiring dengan wawasan
2020. Kanak-kanak zaman ini berlainan sosio-budaya mereka dengan kanak-kanak
10-20 tahun yang lepas. Ibu bapa juga begitu, jarang ibu bapa yang membenarkan
anaknya diapa-apakan oleh guru. Lebih memanjakan anak mereka berbanding ibu
bapa dahulu yang lebih tegas.
Cabaran
seterusnya ialah kurangnya prsarana dan jumlah perkakasan yang begitu terhad
disesebuah sekolah terutamanya sekolah pendalaman. Hal ini boleh membataskan
proses pengajran guru dikelas. Hal ini juga boleh mengakibatkan proses
pengajaran tidak sistematik dan berkesan kerana kekurangan bahan bantu mengajar
yang perlu ada di setiap sekolah. Para pelajar juga mudah cenderung dalam
salahguna kemudahan ICT jika tidak dikawal dengan baik oleh guru. Hal ini akan
menyukarkan proses penyampaian ilmu. Pelajar lebih cenderung menyalahgunakan
kemudahan internet dengan melayari laman-laman yang tidak sepatutnya. Oleh itu,
guru perlu lebih peka ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam makmal
ataupom kelas dengan mengambil langkah berjaga-jaga.
Keputusan
untuk menggunakan teknologi komunikasi dan informasi pula mungkin dipengaruhi
oleh pelbagai faktor seperti pengetahuan dan kemahiran serta kemudahan di
sekolah. Namun beberapa kajian menunjukkan bahawa kepercayaan guru berkaitan
penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalam kerja-kerja mereka
merupakan faktor penentu dalam kemampuan guru mengintergrasikannya dalam
pengajaran (Pajeras, 2002).
Perkembangan dan kemajuan dalam bidang sains, teknologi,
kejuruteraan dan ICT telah banyak membantu merancakkan lagi persaingan dan
kejayaan dalam bidang sukan di peringkat dunia. Dewasa ini terdapat banyak
peralatan moden direkacipta untuk membantu atlet melakar kejayaan yang lebih
hebat dan membanggakan. Dalam dunia sukan renang misalnya, penambahbaikan
kualiti dan reka bentuk pakaian renang telah member kelebihan kepada atlet
untuk memecahkan rekod demi rekod dalam pelbagai kejohanan di peringkat dunia.
Pernahkah kita terfikir dan membayangkan gaya dan bentuk seluar
sukan bolasepak boleh berubah begitu ketara dengan apa yang ada dan digunakan
oleh pasukan bolasepak kini. Bentuk seluar dan jersey yang agak besar dan
longgar kini begitu berbeza dengan apa yang dipakai oleh pemain bolasepak di
era 1970-an dan 1980-an yang lebih ketat dan sempit. Begitu juga dengan pakaian
atlet olahraga dan pelumba basikal begitu ketat dan licin permukaannya. Ini
disebabkan pakaian seperti itu dapat mengurangkan rintangan udara dan sekaligus
membantu atlet mencipta masa yang lebih baik dan lebih cemerlang (Cheah Swee
Ming, 1995).
Fenomena yang sama boleh dilihat dalam sukan renang. Kemajuan yang
begitu pesat dalam semua aspek yang berkaitan dengan sukan renang bukanlah perkembangan
semula jadi. Kemajuan teknologi pakaian renang dan pengetahuan sains sukan
seperti mencukur rambut dan bulu badan untuk mengurangkan rintangan air di
antara kemajuan dan perkembangan teknologi sukan yang diaplikasikan dalamsukan
renang. Kain jenis lycra dan spandex yang digunakan untuk pakaian renang sekarang
adalah amat licin dan dapat mengurangkan geseran air (Cheah Swee Ming, 1995).
Ini membolehkan perenang mencatatkan masa yang lebih pantas. Begitu juga dengan
pakaian renang yang dibuat dari neoprene yang telah banyak membantu sukan air
kerana ia dapat memberi perlindungan dari kesejukan sekiranya basah. Di samping
itu, pakaian renang lelaki dan wanita kini semakin kecil untuk mengurangkan
rintangan air. Teknologi dalam sukan renang juga boleh diperhatikan pada setiap
renang digaris oleh satu talian cakera-cakera kecil yang boleh berputar untuk
memastikan permukaan air dalam lorong sentiasa tenang. Putaran-putaran cakera
berkenaan dapat menghapuskan sebarang ombak kecil yang boleh menjadi rintangan
kepada perenang (Cheah Swee Ming, 1995).
Sehubungan
dengan perkara di atas,antara langkah bagi mengatasi isu tersebut ialah dengan
mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani
dan kesihatan (PJK).Pelbagai alatan teknologi telah dicipta untuk kemudahan
manusia kini.Malah terdapat juga alatan teknologi yang boleh digunakan dalam
sukan.Oleh yang demikian ada diantara alatan tersebut boleh diaplikasikan
penggunaannya dalam pembelajaran subjek (PJK).
Antara
alatannya ialah Monitor Kadar Denyutan Jantung iaitu sejenis alat yang memantau
intensiti denyutan jantung dgn menggunakan pengukuran automatik & peranti
transmisi.Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu ear-clip
devices,watch-like devices.Ia juga mempunyai ciri tambahan yang boleh
diintegrasikan iaitu menggalakkan kerjasama kumpulan, ataupun sebagai kerja
rumah kepada pelajar.
Selain
itu guru boleh menyediakan ubatan secara individu kepada ibu bapa untuk
membantu anak mereka mencapai tahap kesihatan yang baik.Di samping itu
keputusan denyutan jantung individu yang lepas digunakan untuk motivasi harian
pelajar.melalui data yang terdapat di monitor, pelajar dapat menganalisis data
dan merangka perkembangan dlm aktiviti fizikal.
Seterusnya
adalah penggunaan video.video kamera boleh digunakan untuk membangunkan
kemahiran fizikal. Sebagai contoh guru boleh merekod permainan tenis dan
kemudian menyuruh pelajar membuat analisis untuk peningkatan pemainan.Selain
itu ia juga digunakan untuk membuat pratonton tentang persembahan model atau
demonstrasi konsep.Di samping itu juga ia boleh digunakan untuk menunjukkan
contoh semasa mengajar isu yang berkait dengan kesihatan seperti merokok,
penagihan dadah, kurang nutrisi dan lain-lain lagi.
Teknologi
lain yang boleh diintegrasikan dalam PJK ialah perisian. Antaranya ialah
Perisian Pendidikan Jasmani.Walaupun ia kurang terdapat di pasaran berbanding
perisian lain namun guru masih boleh memperolehinya.ia mempunyai pelbagai
kegunaan seperti memberi panduan kpd pelajar melalui aktiviti
kesihatan,mengaplikasikan spreadsheet untuk membuat kiraan & mengrafkan
matlamat mengikut individu dan kumpulan.Di samping itu pelajar boleh belajar
undang-undang dalam permainan.
Seterusnya
perisian yang terdapat ialah Perisian Kesihatan. Di dalamnya terkandung program
simulasi-menggunakan pengetahuan pelajar untuk menyelesaikan misteri kesihatan.
Ia juga mengandungi pembelajaran tentang anatomi dan fisiologi manusia. Dalam
pada itu pelajar juga dapat mengesan kesan-kesan sampingan penggunaan ubatan
terhadap tubuh manusia.
Selain
daripada itu, Teknologi Mudah Alih juga boleh diintegrasikan dalam PJK. Caranya
adalah dengan menggunakan laptop untuk memaparkan keputusan terkini sukan iaitu
pelajar boleh merekod data utk acara sukan terkini dan juga keputusan
rasmi.Pelajar juga boleh membuat jadual pelawanan dengan lebih mudah dan
teratur.
Dalam
pada itu pelajar boleh manggunakan Sumber Internet untuk mencari topik
kesihatan yang berkaitan. Juga boleh mengakses video untuk memahami dengan
lebih jelas tentang aktiviti fizikal yang dipelajari di padang.Pelajar boleh
menggunakan laman web atau emel.Antara laman web yang berguna untuk PJK ialah
seperti American School Health Association (ASHA)
(http://www.ashaweb.org/),Center for Disease Control (CDC)(http://cdc.org/) dan
Center for Science in the Public Interest (http://www.CSPinet.org/)
Selain itu, salah satu fokus utama yang telah
dikenalpasti dalam cabaran untuk melahirkan guru PJK ini ialah penglahiran
lebih ramai atlet muda yang berkualiti di peringkat sekolah melalui proses
pengajaran dan pembelajaran Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani yang bersepadu
dan terkini. Saranan ini merupakan suatu tanggungjawab dan cabaran besar yang
perlu digalas oleh guru kerana merupakan salah satu sumber pendidikan guru
Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani negara.
Bagi mencapai saranan melahirkan guru Sains Sukan
dan Pendidikan Jasmani yang berkualiti, Seseorang guru perlu melaksanakan dua
strategi utama iaitu: (1) memperkemaskinikan struktur program akademiknya, dan
(2) menggalakkan pengambilan pelajar yang aktif bukan sahaja cemerlang akademik
malah memiliki prestasi dan kebolehan sukan yang tinggi. Strategi pertama iaitu
memperkemaskinikan struktur program akademik dilaksanakan melalui perancangan
dan penubuhan program baru (Program Sains Sukan Dengan Pendidikan), mengkaji
dan memperkemaskinikan sub pembelajaran.
Selain itu, isu pengajaran Pendidikan Jasmani juga sering
dikaitkan dengan kekurangan guru opsyen PJK. Akibatnya, guru besar atau
pengetua terpaksa meminta guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam
hal ini, Nik Safiah Karim (1980) berpendapat banyak guru yang bukan sahaja
tidak dapat mengajar PJK dengan baik, tetapi penguasaan dalam kemahiran PJK mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka
akan mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang benar-benar
berketerampilan dan cemerlang dari segi rohani dan jasmani.
Dari
segi teori, pendekatan konstruktivisme tidak memberi tumpuan kepada bagaimana
hendak melaksanakan sesuatu pengajaran. Sorotan literatur yang berkaitan
mendapati bahawa metodologi pengajaran konstruktivisme tidakdinyatakan dengan
jelas dan terperinci, lantas sukar untuk dipraktikkan dan tidak dijalankan
secara meluas oleh guru-guru. Walaupun beberapa kajian kaedah pengajaran
mengikut pendekatan konstruktivisme secara eksperimen menunjukkan kaedah ini
berkesan terutama apabila teknologi digunakan, kebanyakan sekolah telah kembali
mengamalkan kaedah lama yang berpusatkan guru (Simonson & Thompson 1997).
Fenomena ini berlaku kerana teknologi kurang dan tidak digunakan dalam
pembelajaran (Papert 1993). Selain itu, pendekatan ini mengambil masa yang
panjang sebelum pelajar boleh membinbing pengetahuan. Ia juga sukar
dilaksanakan di bilik darjah terutama jika bilangan pelajar terlalu ramai.
Walau bagaimanapun kaedah ini masih mempunyai banyak faedah. Oleh itu pelbagai
cadangan tentang cara pelajar belajar telah dikemukakan berasaskan
prinsip-prinsip konstruktivisme ini. Antaranya ialah guru harus mengaitkan
pengalaman lepas pelajar dalam semua proses pembelajaran, guru patut menekankan
pemikiran pada aras yang tinggi atau pemikiran untuk penyelesaian masalah,
pelajar dibenarkan menggunakan peluang untuk menonjolkan kreativiti mereka dan
kelas dianggap sebagai tempat untuk menggalakkan pelajar bekerja secara
berkumpulan dalam menyelesaikan masalah.
Dalam
era globalisasi, institusi sekolah dan universiti dituntut mengeluarkan pelajar
yang berfikir, berkemahiran dan menguasai ilmu pengetahuan. Pelbagai pendekatan
mengajar perlu digunakan untuk subjek Komputer dan Teknologi Maklumat.
Memandangkan bahawa di Malaysia unsur-unsur pembaharuan dalam kaedah mengajar
belum meluas dan kaedah tradisional yang berunsurkan prinsip tingkah laku untuk
mengajar lebih lazim digunakan berbanding kaedah lain maka satu percubaan atau
kuasi eksperimen telah dibuat untuk menggunakan kaedah konstruktivisme di bilik
darjah. Kaedah ini dianggap lebih berkesan kerana ia dapat mempromosikan
pembelajaran aktif di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran
pelajar di bidang komputer (Sauder et al. 2000).
Hasil daripada kuasi eksperimen yang dijalankan
berdasarkan prinsip dan pendekatan konstruktivisme jelas menunjukkan terdapat
perbezaan dalam tahap pencapaian pelajar berbanding dengan pendekatan secara
tradisional. Ini selari dengan pernyataan oleh Simonson dan Thomson (1997)
bahawa pembelajaran berkesan apabila teknologi digunakan, namun hakikatnya
kebanyakan sekolah akan kembali kepada kaedah pengajaran tradisional yang lebih
berpusatkan guru daripada pelajar. Sehubungan dengan itu kajian kuasi
eksperimen ini dapat menangkis pandangan yang mengatakan bahawa pendekatan
konstruktivisme adalah sukar dan mengambil masa yang panjang untuk
dilaksanakan.
PENUTUP
Pembaharuan dalam pedagogi perlu dibuat dalam era
globalisasi ini. Antaranya ialah guru perlu sentiasa berusaha untuk memajukan
diri, sentiasa membuat refleksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
menggalakkan pelajar untuk lebih berdikari, dan menerapkan semangat kerjasama
dan kolaboratif dalam kelas.Guru juga perlu pandai mengintegrasikan teknologi
yang ada dalam sesi pembelajaran.Disamping itu guru perlu mempertingkatkan
kemahiran mereka dalam mengendalikan alatan teknologi serta menjana sesuatu
yang menarik dengan bentuan teknologi tersebut.hal ini secara tidak langsung
boleh menarik minat serta tumpuan pelajar semasa belajar.dalam pada itu juga guru
bersama-sama dengan pelajar mestilah memupuk pembelajaran sepanjanghayat untuk
memastikan pembinaan pemikiran kritis dan kemahiran teknologi sentiasa
disepadukan.
RUJUKAN
Siti Fatimah
Mohd Yassin, Nor Sakinah Mohamad, Aidah Abdul Karim & Rosseni Din.
2001. Enhancing
student learning in computer education: From the perspective of
the Faculty of
Education. Proceedings of Technology And Vocational Technical
Education:
Globalisation and Future Trends, Fakulti Pendidikan,
UKM.
Robiah Sidin, Nor
Sakinah Mohamad. 2007. ICT Dalm Pendidikan: Prospek dan Cabaran Dalam
Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan
32 (2007) 139-152
Juslimah Jani. 2006.
Peranan Guru Dalam Memacukan Pembangunan sukan di Malaysia: Kertas kerja yang telah dibentangkan di Konvensyen Sukan Antarabangsa
Teluk Danga Mac, 2006 di Johor Bahru, Johor, Fakulti Sains Sukan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.
Pusat
Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu
sekolah
menengah: Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
http://leekecix.blogspot.com/2010/10/cabaran-guru-pendidikan-jasmani.html
Md
Amin Md Taff. Pendidikan Sains Sukan di UPSI: Isu dan Cabaran. Kertas Kerja ini telah dibentangkan di
Seminar Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2007, Johor Bahru, Johor, Fakulti
Sains Sukan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohad
Anizu bin Haji Mohd Nor. Penggunaan Alat Berteknologi Kejuruteraan &
Teknologi Maklumat dalam Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
Sukan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, JOHOR.
Mohd
Isha Awang.2008. Isu dan Cabaran Bahasa Melayu dalam Pendidikan. Berita Harian.
10 ALATAN SUKAN TERKINI
JENAMA kelengkapan perlindungan sukan terkemuka, la pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional baru-baru ini melancarkan barisan terbaru produk dari siri X-tremus. Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap maksimum.
Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.
Berbeza dengan barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel.
Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.
Produk siri teratas keluaran jenama antarabangsa itu kini boleh didapati untuk kegunaan pada empat lipatan utama iaitu pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali.
Selain cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi. Bagi pendakap lutut X-tremus, pelapik berbentuk donut bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kecederaan bahkan menstabilkan kedudukan tempurung lutut. Ia merupakan konsep rawatan yang diperlukan oleh semua atlet.
Rekaan 3D pada pendakap buku lali pula diberi perlindungan silikon yang menghasilkan fungsi urutan sepanjang masa. Selain itu, jahitan berkualiti pada permukaan memberi lebih kekemasan otot, sekali gus mengemaskan setiap pergerakan.
Penggunaan bahan seperti neoprene, coolprene yang tidak memerangkap peluh manakala teknologi Coolmax berupaya menyelesaikan masalah pemerangkapan haba.
Secara umumnya, pemakaian X-tremus membantu meningkatkan beberapa kapasiti atlet seperti melompat lebih tinggi, bergerak lebih laju dan mendapatkan postur lebih stabil.
Apabila Rollerblade pertama kali dicipta, rata-rata pengguna roller skate menganggap ia tidak berapa selamat dan merbahaya. Kini, pengguna rollerblade pula mungkin akan menganggap evolusi terbaru ciptaan ini yang diberi nama Chariot skate pula berbahaya.
Bagi yang pertama kali melihat chariot skate ini, mungkin akan menganggap ia tidak lebih sebagai rollerblade yang menggunakan tayar bersaiz basikal dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan luar biasa. Ternyata anda silap. Kelebihan Chariot skate ini ialah ia mampu mencapai tahap momentum yang tinggi dan lebih kestabilan dalam mengawal kelajuan. Jika menggunakan rollerblade yang biasa, anda perlu lebih tenaga dalam "menghayunkan" tubuh untuk menghasilkan kelajuan kerana rodanya yang kecil'Chariot skate juga boleh diluncurkan pada permukaan yang tidak rata dan diatas rumput, sama seperti yang dapat dilakukan jika menunggang basikal yang mana memang mustahil untuk dilakukan jika menggunakan rollerblade.
Ya.. Chariot skate ialah sebuah basikal tanpa tempat duduk dan tidak boleh membawa pembonceng.
Untuk memberhentikan chariot skate ini, pengguna boleh menggunakan kaedah yang sama digunakan oleh roller blade. Pengguna juga boleh menggunakan tangan jika mereka memakai sarung tangan.
Sebagai tambahan, roda kecil pada bahagian belakang telah ditambah untuk memberikan lebih kestabilan. Menurut perekanya, pengguna akan menikmati pengalaman seperti meluncur ski ais dan bukannya seperti "feel" meluncur menggunakan roller blade atau roller skate.
Kini memperkenalkan sebuah Performance Technology, POWER BALANCE yang merupakan hologram dan juga getah yang dicampur serbuk titanium yang mengandungi frekuensi semulajadi dari alam yang dapat bereaksi secara positif dengan pusat energi tubuh. POWER BALANCE kini banyak digunakan oleh para atlit antarabangsa mahupun orang awam, kerana:
-Ia dapat membantu keseimbangan tubuh
-Membantu koordinasi dan kelenturan tubuh
-Menambahkan kekuatan dan ketahanan tubuh secara menyeluruh.
Banyak orang yang telah merasakan akibat langsung dari kelebihan yang ditawarkan oleh POWER BALANCE.
Pada penggunaan seharian, POWER BALANCE terbukti dapat:-
1. Meningkatkan kualiti tidur
2. Meningkatkan kualiti imunisasi atau daya tahan tubuh
3. Mengurangkan stress dan sakit
4. Mencegah terjadinya mabuk di perjalanan.
POWER BALANCE telah dipakai oleh ahli sukan bertaraf dunia seperti
-Surfer pro seperti Andy Irons (tiga kali Juara Dunia
-C Ronaldo, Pemain bolasepak real madrid
-Shaq O Neille - NBA Basketball
-David Beckham - LA Galaxy Soccer
Dan Ramai Lagi
KASUT SPIKE TERKINI
Direka untuk menang.Merupakan penerokaan bahan-bahan, teknologi dan proses reka bentuk peralatan khusus yang berpotensi meningkatkan prestasi pecutan. Penyiasatan saintifik telah menunjukkan bahawa penalaan sifat mekanikal kasut pecut kepada kebolehan fizikal atlet.Boleh meningkatkan prestasi sehingga 3.5%, kerana peningkatan sebanyak 0.7% sudah boleh membuat perbezaan yang signifikan dalam pecutan.
Menggunakan pengadil tambahan yang memantau permainan pada skrin. Dan selepas membuat keputusan melalui bluetooth setelah menilai permainan melalui skrin digital.
"Pengadil Mata Ketiga". Oleh itu,sebagai contoh, apabila seseorang pemain berada dalam keadaan offsaid, pengadil video digital akan memberi cahaya merah kepada ketua pengadil untuk beliau membuat keputusan yang objektif. "Pengadil Mata Ketiga" - keputusan yang terbaik.
Merupakan alat terbaru untuk mengukur masa yang diambil oleh seseorang pelari pecut.Pelari boleh menilai tahapnya sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain untuk mengambil masa larian.Alat in akan mengeluarkan bunyi sebelum masa diambil sebagai peringatan untuk permulaan larian.
Merupakan alat terbaru yang boleh membantu peninju mengurangkan risiko kecederaan ketika pertandingan mahupun latihan dijalankan.Alat ini memberi perlindungan penuh pada bahagian gigi dan gusi berbanding alat kebiasaan yang digunakan.
Alat bantuan kardiovaskular ini membantu individu melakukan latihan kekuatan kardiovaskular hanya di dalam rumah.dengan adanya alat ini.individu tidak perlu ke gim untuk melakukan latihan
Gogal terbaru ini merupakan alat yang dicipta khas daripada bahan2 yang lebih ringan.Gogle ini membantu atlet melakukan renangan dengan lebih pantas kerana berjaya mengurangkan rintangan
Helmet football yang direka khas menggunakan bahan yang lebih ringan tetapi kuat.Dengan adanya teknologi ini.Pemain dapat meningkatkan mutu permainan dan keselamatan mereka.
BIODATA
BIODATA SAYA
NAMA :FADZLY WAHIB BIN
A.RAHMAN
NO
MATRIK :A138541
PROGRAM :IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN SUKAN DAN REKREASI
TAHUN
PENGAJIAN :2
SEMESTER :2012/2013
TUTORIAL :RABU 11 pg-1 ptg (MAKMAL3)
EMAIL :fadzlywahib@yahoo.com
FACEBOOK :FADZLY WAHIB
NO. TEL :0172518737 / 0193780866
NO.
TEL RUMAH : -
ALAMAT
KOLEJ :BILIK 221,BLOK G2,KOLEJ
PENDETA ZA’BA,UKM
ALAMAT
RUMAH :NO58,KOMPLEKS PERUMAHAN IPD
REMBAU
71300
REMBAU,NSDK.
Subscribe to:
Posts (Atom)